Tipu Sultan

Tipu Sultan (lahir Sultan Fateh Ali Sahab Tipu,[2] 20 November 1750 – 4 Mei 1799), juga dikenali sebagai Tipu Sahab atau Harimau Mysore,[3] adalah pemerintah kerajaan beraja Mysore yang terletak di India Selatan dan seorang perintis artileri roket.[4][5][6] Beliau telah memperkenalkan sejumlah inovasi pentadbiran semasa pemerintahan beliau,[7] termasuk satu sistem matawang dan kalendar baharu,[8] dan sebuah sistem hasil tanah baharu yang mencetuskan perkembangan industri sutera Mysore.[9] Beliau memperluaskan penggunaan roket Mysore dan menghasilkan manual ketenteraan Fathul Mujahidin. Beliau menggunakan roket-roket ini bagi menentang kemaraan tentera British dan sekutunya semasa Perang Anglo-Mysore, termasuk dalam Pertempuran Pollilur dan Pengepungan Seringapatam. Beliau juga memulakan sebuah program pembangunan ekonomi yang menjadikan Mysore sebagai sebuah kuasa ekonomi, antara gaji sebenar dan standard hidup tertinggi di dunia pada akhir kurun ke-18.[10]Napoleon Bonaparte, seorang panglima Perancis telah memohon satu pakatan dengan Tipu Sultan. Kedua-dua Tipu Sultan dan bapa beliau telah menggunakan tentera yang dilatih oleh Perancis dengan sokongan Perancis untuk melawan British,[11][12] dan dalam pergelutan Mysore dengan kuasa-kuasa berjiran dengannya, seperti Maratha, Sira, dan para pemerintah di Malabar, Kodagu, Bednore, Carnatic, dan Travancore. Bapa Tipu, Hyder Ali, menaiki takhta apabila berjaya menawan Mysore,[petikan diperlukan] dan Tipu mengantikan beliau sebagai pemerintah Mysore setelah kematian bapa beliau pada tahun 1782. Beliau mendapat kemenangan-kemenangan penting ke atas British dalam Perang Anglo-Mysore Kedua dan merundingkan Perjanjian Mangalore 1784 dengan British selepas kematian bapa beliau akibat kanser pada bulan Disember 1782 semasa Perang Anglo-Mysore Kedua.Konflik Tipu dengan jiran-jiran beliau termasuk Perang Maratha–Mysore yang mana berakhir dengan Perjanjian Gajendragarh.[13] Perjanjian ini memerlukan Tipu Sultan untuk membayar 4.8 juta rupees sebagai pampasan sekali bayar untuk kos perang kepada Marathas, dan sumbangan tahunan sebanyak 1.2 juta rupees selain tambahan memulangkan kesemua wilayah yang ditawan oleh Hyder Ali.[14][15]Tipu menjadi seorang musuh yang sukar ditewaskan oleh Syarikat Hindia Timur British, mencetus sebuah konflik dengan serangan beliau ke atas sekutu British, Travancore pada tahun 1789. Dalam Perang Anglo-Mysore Ketiga, beliau telah dipaksa menandatangani Perjanjian Seringapatam, dengan kehilangan sejumlah wilayah yang dahulunya ditawan, termasuk Malabar dan Mangalore. Beliau telah menghantar duta-duta ke negara-negara luar termasuk empayar Uthmaniyah, Afghanistan, dan Perancis, dalam satu cubaan untuk mengumpul sekutu untuk menentang British.Semasa Perang Anglo-Mysore Keempat, tentera imperial daripada Syarikat Hindia Timur British telah dibantu oleh Maratha. Mereka berjaya mengalahkan Tipu, dan beliau telah terbunuh pada 4 Mei 1799 semasa mempertahankan kubu beliau di Seringapatam.Semasa zaman penjajahan di benua kecil India, beliau telah disanjung sebagai seorang pemerintah[16][17][18][19][20] yang menentang penjajahan British,[21][22]. Tetapi beliau juga dikritik kerana menundukkan penentangan Hindu di Malabar dan Kristian di Mangalore di sebabkan alasan agama dan politik.[23][24][25][26][27][28]

Tipu Sultan

Ayahanda Hyder Ali
Pemerintahan 10 Disember 1782 – 4 Mei 1799
Pemakaman Srirangapatna, kini Mandya, Karnataka
12°24′36″N 76°42′50″E / 12.41000°N 76.71389°E / 12.41000; 76.71389Koordinat: 12°24′36″N 76°42′50″E / 12.41000°N 76.71389°E / 12.41000; 76.71389
Pasangan Khadija Zaman Begum dan 2 atau 3 yang lain
Bonda Fatima Fakhr-un-Nisa
Agama Islam
Kerabat Mysore
Anakanda Shezada Hyder Ali, Ghulam Muhammad Sultan Sahib dan ramai lagi
Nama penuh
Nama penuh
Badshah Nasibuddaulah Sultan Mir Fateh Ali Bahadur Sahab Tipu
Kemangkatan 4 Mei 1799(1799-05-04) (umur 48)[1]
Srirangapatna, kini Mandya, Karnataka
Kemahkotaan 29 Disember 1782
Didahului oleh Hyder Ali
Keputeraan (1750-11-20)20 November 1750[1]
Devanahalli, kini Bangalore, Karnataka
Diikuti oleh Krishnaraja Wodeyar III (sebagai pemerintah Wodeyar)